Pada malam berlakunya peristiwa hijrah,
rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah dikepung oleh pemuda –
pemuda yang dipilih daripada kabilah – kabilah kafir Quraisy. Tujuan mereka
mengepung rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ialah untuk membunuh
baginda.
Sebelum Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam keluar dari rumahnya, baginda menyuruh sepupunya Sayidina Ali bin Abi
Talib tidur di tempat tidur baginda. Setelah itu, baginda keluar dari rumah
dengan membaca firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
{وَجَعَلْنَا
مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا} [يس: 9]
Baginda berjalan keluar
dari rumahnya dalam keadaan selamat dan terus menuju ke rumah Sayidina Abu
Bakar As – Siddiq. Sayidina Abu Bakar menjadi teman setia baginda sepanjang
perjalanan ke Yathrib tanpa diketahui oleh kafir Quraisy.
Sebelum terbit fajar, Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar keluar melalui pintu belakang rumah
sahabat baginda itu menuju ke Gua Thur. Mereka sengaja mengikut arah Selatan
dan tidak mengikut arah Utara yang menjadi jalan biasa agar tidak dikesan oleh
musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju ke
Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar
sampai di Quba, iaitu kira – kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh
perjalanan yang meletihkan selama 8 hari. pada hari Isnin, 8 Rabi’ul Awal
bersamaan dengan 20 september 622 Masehi baginda mendirikan masjid Quba. Inilah
masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ
أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ
يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ (108)
Maksudnya: “…
Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba) sejak hari
pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya …”(At-taubah : 108)
Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan rombongan berangkat meneruskan perjalanan.
Sebelum sampai ke Yathrib, baginda singgah di suatu tempat yang bernama Lembah
Ranuna. Di lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Juma’at. Ini adalah
solat Juma’at yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam dan juga khutbah pertama disampaikan.
Pada hari Juma’at, 12 Rabi’ul Awal
bersamaan 24 September 622 Masehi, baginda dan rombongan telah sampai ke
Yathrib. Inilah hari bermulanya Kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Ketibaan
baginda dan rombongan disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan kegembiraan
oleh penduduk Yathrib. Mereka mendendangkan alunan nasyid.
Di setiap jalan, unta Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wassalam ditahan oleh penduduk Yathrib meminta baginda berhenti dan
tinggal di tempat mereka. Namun Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasaalam
mengarahkan agar membiarkan sahaja unta yang ditunggangi baginda itu berhenti
sendiri. Akhirnya, unta itu berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua
orang anak yatim. Di sinilah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mendirikan
masjid yang terkenal dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah Al –
Munawwarah.
Semoga dengan momentum tahun baru
hijriyah 1434 H ini menjadikan kita lebih baik dari tahun yang lalu dan menjadikan
kita selalu mehitung hitung amal kebajikan kita sejauh mana kita berusaha untuk
taqorrub ke pada Allah
agar kesalahan dan kehilafan kita hijrah menjadi sebuah amal ibadah dan tentunya semua itu butuh keikhlasan & kekuatan jiwa & raga.
Aaamiin yaa robbal aalamiin..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar